Kompilasi & Ulasan Kes Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia | 2024

Select a Format
RM322.00 RM350.00 you save RM28.00

Kompilasi & Ulasan Kes Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia | 2024

Author Dr. Noor Dzuhaidah binti Osman
Publication Date 2024
ISBN 9786297669601
Format
Softcover  / eBook
Publisher LexisNexis

 

Buku teks bertajuk Kompilasi & Ulasan Kes Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia ini mengandungi kompilasi kes-kes Undang-undang Keluarga Syariah bersama ulasan dan komentar oleh pakar undang-undang Syariah. Buku ini merangkumi kira-kira 25 kes undang-undang keluarga yang terkemuka dan terkini, yang meliputi topik-topik utama seperti Poligami, Perkahwinan, Perceraian, Kesahtarafan Anak, Penjagaan Anak, Nafkah Isteri dan Anak, serta Harta Sepencarian. Selain itu, buku ini turut memuatkan analisis kes Mahkamah Persekutuan yang penting, termasuk kes Indira Gandhi lawan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak.

Buku ini amat bermanfaat sebagai rujukan dan bacaan untuk para peguam, ahli akademik, para penyelidik, pelajar undang-undang, pelatih dalam kamar, serta orang awam yang ingin memahami lebih mendalam mengenai jenis-jenis kes undang-undang keluarga Islam yang dibicarakan di mahkamah Syariah. Buku ini menjelaskan tentang alasan penghakiman oleh hakim serta pandangan pakar perundangan Syariah, menjadikannya satu sumber yang berguna dalam memahami selok-belok Undang-undang Keluarga Islam.

  • Buku ini mengandungi kes-kes terkini dan terkemuka dari Syariah Law Reports oleh LexisNexis Malaysia termasuk kes ternama iaitu Indera Gandhi lwn. Pengarah Jabatan Agama Islam Perak yang dibincang dan diulas secara terperinci oleh pakar Syariah
  • Buku ini menbincangkan topik-topik utama undang-undang keluarga Islam iaitu Poligami, Perkahwinan, Perceraian, Kesahtarafan Anak, Penjagaan Anak, Nafkah Isteri dan Anak, dan Harta Sepencarian
  • Buku ini mengandungi ulasan terperinci dan pandangan mendalam dari pakar Syariah terhadap isu kes, fakta kes, keputusan mahkamah dan perkara-perkara yang dipertimbangkan oleh makhamah dalam memutuskan keputusan
  • Pakar Syariah yang mengulas kes-kes undang-undang keluarga Islam ini menyertakan pandangan mengikut prinsip Islam berlandaskan Al-Quran

Contents of Kompilasi & Ulasan Kes Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia

Bab 1: Poligami
Bab 2: Perkahwinan
Bab 3: Perceraian
Bab 4: Kesahtarafan Anak
Bab 5: Penjagaan Anak
Bab 6: Nafkah Isteri dan Anak
Bab 7: Harta Sepencarian
Kes Terkini: Indera Gandhi a/p Mutho v Pengarah Jabatan Agama Islam Perak

About The Author:

Dr. Noor Dzuhaidah binti Osman ialah seorang pensyarah kanan undang-undang di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan bekas peguam. Beliau memegang beberapa peranan penting, termasuk Penyelaras untuk PhD Undang-undang, Ahli Jawatankuasa Biosekuriti dan Biokeselamatan USIM, Ketua Unit Bicara Sivil, Klinik Bantuan Guaman USIM, dan Setiausaha Unit Undang-undang Antarabangsa.

Beliau biasa diundang menjadi penceramah utama, plenari, penceramah jemputan, penceramah, ahli panel, profesor pelawat, dan pensyarah di peringkat tempatan dan antarabangsa di Rusia, Turki, United Kingdom, Itali, Brunei, Singapura, Belanda, Belgium, Indonesia, dan Afrika Selatan. Beliau telah menerbitkan lebih daripada 110 artikel akhbar dan beberapa artikel jurnal.

Find more books like Kompilasi & Ulasan Kes Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia: Family Law
ISBN: 9786297669601
 
 

Latest releases

Get your copy today!
Malaysian Tax Law & Principles | 2024
Malaysian Tax Law & Principles | 2024
Save RM30.40
Malaysia's Largest Authorised Premium Reseller